Monday, October 28, 2013

Susun Atur Dalam Peti Sejuk

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:33:00 AM
Assalamualaikum wbt.

Ini cara susunan aku dalam peti sejuk. Orang bujang, so cara susunan pun adalah susunan peti sejuk bujang la. Takde la crowded sangat bahan-bahan masakan macam orang dah kahwin. Yang aku simpan dalam peti sejuk ni pun barang-barang standard je, telur, air kosong, susu, kicap manis...kira basic sangatlah. Kalau ada lebihan makanan yang disimpan pun takde la selalu sangat, sebab orang bujang kan. Kalau malas masak, beli bungkus kat luar je. Kalau malas beli bungkus, minum milo cicah biskut Hup Seng cap ping pong je. Janji perut tak kosong.
Ini peti sejuk aku yang pernah aku intro dalam entry ini.

So sekarang, adakah anda sudah bersedia nak melihat keadaan isi dalaman peti sejuk ini. Jom kita ronda ok.
Inilah isi dalamannya. Buka-buka pintu memang nampak yang inilah pada sudut mendongak 90 darjah. Tak ada yang menarik pun dalam ni, maklumlah orang bujang. Kosong ajelah isinya. Tunggu tahun depan bila dah bertukar status, aku rasa nak simpan air oren tu pun dah takde space.
Bila ko dongak kepala ko pada sudut 120 darjah, akan nampak bahagian meat ni aku buat simpan paket keju dan butter. Bekas putih kat depan tu adalah arang yang aku beli kat Daiso.
Sekarang pusingkan kepala anda pada sudut 45 darjah daripada sudut asal. Akan nampak la bahagian pintu yang aku buat simpan air kosong, susu dan kicap. Time ni aku belum sempat nak beli telur yang dah habis digunakan. Tray isi telur selalunya di bahagian atas kan. Tapi aku tukar lokasi satu tray telur tu kat bawah supaya senang aku nak simpan bekas asam jawa Adabi dan bekas kerisek tu kat tray yang lagi satu. Untuk simpan paket-paket sos yang dapat dari KFC dan juga kotak kiub ayam dan tomyam Maggie, aku guna bekas putih yang boleh sangkut kat tepi tray telur bahagian bawah tu. Bekas tu aku beli kat Daiso juga. Untuk susu aku simpan dalam bekas shaker tudung biru yang aku dapat bila beli Ephyra dulu. Senang je simpan dalam bekas ni. Kalau nak guna susu just ceduk guna sudu kering je. Simple kan.
Sekarang tegakkan badan anda. Bahagian sejuk beku ni ada 2 bahagian. Bahagian atas tempat aku buat simpan air batu. Air batu ni aku isi dalam bekas tau fu fah je. Manaka bahagian bawah ni adalah untuk aku simpan makanan basah macam ikan, udang, ayam, daging serta nugget atau kentang goreng. Tapi untuk minggu ni aku cuma beli ayam je, itupun aku letak dalam plastik berzip yang aku beli kat Daiso. Orang bujang macam aku ni, beli ayam separuh pun seminggu baru habis. Hahahaha..

Camne kawan-kawan. Simple kan susun atur dalam peti sejuk aku. Ni peti sejuk bujang je. Kalau peti sejuk orang dah berkeluarga maybe seronok la nak tengok sebab banyak barang yang disimpan.

9 uncang teh :

Jueliza Jamani said...

ala yang bekerluarga pun susun atur cerca merba jugak.. kekadang tu tak terusik sebab keje.. malam dah balik tido.. kalo nak kemas2 peti ais maybe weekend jer la..

Salam perkenalan..

~*irjune*~ said...

Salam perkenalan untuk Jueliza Jamani..

biasalah Jue...nak susun ni bila ada mood aje. Bila takde mood memang karam la rumah tu.

cik hani said...

Kemas..saya punya kjp kms kjp hancus .biasanya kalau blk kg mesti hancussss peti mcm3 kite sumbat

cik hani said...

Peti sy kjp ok kjp hncusss..hihi

~*irjune*~ said...

Cik Hani...kadang-kadang hancus juga peti sejuk ni. Lagi-lagi kalau balik kg, usung barang-barang dari rumah. hehhehe

Fizah said...

org tak bujang pun kdg kosong gak ni...hihi

~*irjune*~ said...

Fizah...
kalau datang musim "kering" lagi ler kosong peti sejuk saya ni.

MaYAsHiKiN said...

hai..salam kenal..kira tersusunlah dlm peti ais sis...kalau dah berkeluarga mmg lagi banyak barang nak disumbat dalam peti ais tu..hehe..

~*irjune*~ said...

MayAsHiKiN...thanks sebb sudi datang melawat blog saya ni. Salam perkenalan dari saya

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea