Friday, October 25, 2013

Makeover Almari Pejabat

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:53:00 AM
Assalamualaikum wbt.

Lebih kurang sebulan yang lepas, opis aku ni baru la nak dapat almari untuk setiap staf. Dah setahun bertenggek baru nak dapat. Sebelum ni buku-buku dan skrip makmal student bersepah-sepah je susun kat tepi dinding. Inilah kesan bila pindah ke opis tetap, kene tunggu budget baru la boleh dapat perabot satu persatu.

Almari yang aku dapat ni almari besi dan ada cermin kat pintu. Warna putih beige. Dah le letak bertentangan dengan meja aku. So bila aku angkat muka sikit je dah nampak almari yang sangat-sangat membosankan itu.


See...bosankan. Semua putih. Tapi nak buat macam mana, inilah standard perabot untuk pejabat. Putih dan kosong je. Pengsan aku.

So, mengambil inspirasi daripada Samantha Pynn, salah satu cara untuk menaikkan seri almari/kabinet untuk rumah adalah dengan melekatkan wallpaper. Contoh macam gambar kat bawah ni.
Nampak tak dalam almari tu ada corak-corak damask. Itulah wallpaper. Tapi since almari aku ni almari hak milik opis aku, takde la aku beria sangat nak lekat dengan wallpaper bagai. Aku just beli wrapping paper je kat kedai buku. Itu pun dah RM1.50 sebab aku beli yang warna fancy-fancy dan tebal sikit. Hasilnya...jadilah seperti gambar dibawah ini.
See...dah tak bosan dah rupa almari ni. Tapi sayang sebab wrapping paper yang sama corak ni beli tak cukup lagi satu keping. So terpaksa la aku lekat juga wrapping paper yang corak lain pula. Janji ada corak. Aku lekat wrapping paper ni guna glue stick je. So kalau next time dah bosan dengan corak ni dan warna dia dah pudar, bolehlah aku tukar dengan corak wrapping paper yang lain pula.

Bila dah siap makeover almari, masa untuk mengemas pula. Buat masa ni almari ni kosong je lagi. Buat simpan skrip jawapan student je. Maybe next time boleh buat display souvenir pula. Sekarang ni fokus untuk big day dulu ye. Hahaha...

9 uncang teh :

Lilynn Wifey Sham said...

macam tu pun dah ok.. mmg la syg nak deco lawa lawa sbb bukan hak sendiri.. sama lah kite ni.. ala kadar cam tu pun dh nampak comel.. dear, boleh tak u remove word verification ni kat setting?.. hehehe

Lilynn Wifey Sham said...

macam tu pun dah ok.. mmg la syg nak deco lawa lawa sbb bukan hak sendiri.. sama lah kite ni.. ala kadar cam tu pun dh nampak comel.. dear, boleh tak u remove word verification ni kat setting?.. hehehe

cik hani said...

berkenang pulak dengan wrapping paper strip yang warna warni tu..sangat cantek. no wonder la mahal sikit

~*irjune*~ said...

tq Lilynn...deko ala kadar je. i dah removed word verification ni. bukan ape..dulu letak sbb byk komen yg tak berkaitan yg masuk. hehhehe

~*irjune*~ said...

cik hani...
aaa....sy pun berkenan dengan corak strip ni...bila nampak kat kedai dulu terus terbayang almari besi ni.

Fizah said...

terus naik seri almari tu! :))

~*irjune*~ said...

Betul tu fizah...at least takde la bosan sangat nak tengok almari tu

shida said...

boleh buat inpirasi ni...

~*irjune*~ said...

boleh je pah...hehhehe

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea