Thursday, October 31, 2013

DIY: Doodle Dalam MS Excel

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:07:00 AM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ish..aku tak sangka pula selain guna MS Paint untuk lukis doodle, kita boleh gak lukis doodle dalam MS Excel. Ala Excel yang kita guna untuk plot graf tu. Haaa...yang tu la. Aku tau ni pun lepas terserempak dengan blog Nurdani. Memang kreatif dia ni. Buat doodle yang hampir sama dengan muka orang yang original. Selain Excel, dia juga boleh melukis menggunakan Paint version 6.1 dan Paint Tool SAI.

Jadi, berbekalkan tutorial yang Nurdani bagi dalam blog beliau, aku pun try and error la nak lukis doodle pengantin perempuan dalam Excel ni.
Laaa...nape..korang tak percaya gambar tu aku lukis dalam Excel menggunakan segala bentuk (shape) yang ada dalam sofrware ni. Haa...ini buktinya. Tengok bawah la...
Hah...tengok betul-betul gambar tu. Segala jenis shape yang ada dalam MS Excel ni aku gabungkan untuk jadi kartun ni. Alaa...kalau korang rajin, korang mentelaah je tutorial yang  Nurdani bagi dalam blog dia untuk belajar.

Bila dah puas hati semua tu, aku copy n paste kat Paint dan save as .PNG supaya nampak cantik. Inilah hasilnya;
See..lihatlah hasil keras tangan aku untuk kali ni.Jadi ke tak doodle aku? Nilaikanlah.

Wednesday, October 30, 2013

Bekas Rempah Ratus

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:56:00 PM 8 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ada baki lebih kurang 15 minit lagi nak habis waktu kerja. Hati dah meronta-ronta nak balik. Sebelum tu sempat kot nak update blog.

Nak cerita pasal bekas rempah ratus pula. Aku simpan segala jenis rempah ni dalam bekas rempah beli kat Ikea. Aku beli bekas ni lama dah dari tahun 2009, masa tu harga dia memang mahal, tak silap aku sampai cecah RM8. Tapi sekarang ni harga dia dah jadi RM4.90 je untuk 4 biji. Lagi best bila sekarang ni bekas ni pun ada orang guna untuk dijadikan doorgift untuk majlis kenduri, so mean boleh dapat free. Huh...rugi rugi rugi.
RAJTAN Spice jar   The transparent jar makes it easy to find what you are looking for, regardless of where it is placed.
Source: Ikea Malaysia

Aku letak semua bekas rempah ratus ni dalam tray botol yang kat kabinet dapur. Ngam-ngam pula letak 7 botol dalam ni. Kiranya rempah yang aku simpan ni adalah rempah ratus yang memang selalu digunakan seperti rempah biji, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, jintan manis dan jintan putih. Aku pun takde la lagi nak label botol rempah ni sebab aku dok sorang-sorang aje kan, so boleh la tau jenis-jenis rempah tu nama apa. Tapi kalau bertambah lagi koleksi rempah tu yang aku tak cam, konpem kot aku kena label semua botol tu. 

Jemputan Kahwin

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:49:00 AM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Minggu lepas dapat jemputan ke majlis kahwin x-classmate masa kat MRSMBP dulu. Senyap-senyap je kawan aku sorang ni. Angin takde ribut takde, tetiba je dapat pm kat fb minta alamat.

Alhamdulillah...bertambah lagi umat Muhammad S.A.W yang mengikut sunnah Baginda. Tahniah Along a.k.a Huziana.

Aku ni teringin nak g kenduri Huzz tapi memandangkan aku sekarang ni dalam fasa berjimat cermat, jadinya keinginan tu dah jadi 50-50. Nak pergi tapi tengah kekurangan duit. Tak nak pergi, dah kawan baik masa sekolah.

Alangkah best kalau rumah Huzz ni tak memerlukan aku melintas Banjaran Bintang kat sempadan Perak-Kelantan tu. Confirm takde 50-50 punya.

Send from my Windows Phone

Tuesday, October 29, 2013

DIY: My 1st Doodle

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:03:00 PM 6 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Aku ni suka benda comel (sebab terasa diri sendiri tu kurang comel). Buktinya boleh tengok tema blog aku ni la yang berkartun bagai.

Buka blog sana sini, terasa jeles bila diorang pandai lukis kartun doodle. Hajat dihati nak juga lukis doodle tu sebab terasa ada sedikit darah seni mengalir didalam badan. Tapi hampeh sebab tak pandai nak lukis guna Photoshop. Adalah dalam laptop ni tapi version zaman tok nadok punya. Takde up to date. Setakat boleh bagi terang dan gelap gambar bolehlah. Buka lagi ade pula tools baru iaitu PaintTool SAI. Dah download tapi hampeh lagi sebab diri sendiri tak pandai guna. Nak kena amik masa pula nak study satu satu.

Jalan-jalan lagi, jumpa satu blog ni ajar lukis doodle guna MS Paint je. Memang ready made ada dalam laptop ni. So amik inspirasi daripada doodle Cik Dil (kreatif budak ni).

Aku try la buat doodle sendiri guna MS Paint. Dan hasilnya...
Kah kah kah...lawak tak hasilnya. Untuk first time try n error, aku rasa not bad juga la untuk orang teknikal macam aku ni yang takde darah kesenian. Tapi kejang juga la tangan ni dok control mouse ni. Lagi-lagi bila mouse wireless dah habis bateri. Kejap-kejap cursor lari. 

So kawan-kawan....any comment?

Monday, October 28, 2013

Susun Atur Dalam Peti Sejuk

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:33:00 AM 9 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ini cara susunan aku dalam peti sejuk. Orang bujang, so cara susunan pun adalah susunan peti sejuk bujang la. Takde la crowded sangat bahan-bahan masakan macam orang dah kahwin. Yang aku simpan dalam peti sejuk ni pun barang-barang standard je, telur, air kosong, susu, kicap manis...kira basic sangatlah. Kalau ada lebihan makanan yang disimpan pun takde la selalu sangat, sebab orang bujang kan. Kalau malas masak, beli bungkus kat luar je. Kalau malas beli bungkus, minum milo cicah biskut Hup Seng cap ping pong je. Janji perut tak kosong.
Ini peti sejuk aku yang pernah aku intro dalam entry ini.

So sekarang, adakah anda sudah bersedia nak melihat keadaan isi dalaman peti sejuk ini. Jom kita ronda ok.
Inilah isi dalamannya. Buka-buka pintu memang nampak yang inilah pada sudut mendongak 90 darjah. Tak ada yang menarik pun dalam ni, maklumlah orang bujang. Kosong ajelah isinya. Tunggu tahun depan bila dah bertukar status, aku rasa nak simpan air oren tu pun dah takde space.
Bila ko dongak kepala ko pada sudut 120 darjah, akan nampak bahagian meat ni aku buat simpan paket keju dan butter. Bekas putih kat depan tu adalah arang yang aku beli kat Daiso.
Sekarang pusingkan kepala anda pada sudut 45 darjah daripada sudut asal. Akan nampak la bahagian pintu yang aku buat simpan air kosong, susu dan kicap. Time ni aku belum sempat nak beli telur yang dah habis digunakan. Tray isi telur selalunya di bahagian atas kan. Tapi aku tukar lokasi satu tray telur tu kat bawah supaya senang aku nak simpan bekas asam jawa Adabi dan bekas kerisek tu kat tray yang lagi satu. Untuk simpan paket-paket sos yang dapat dari KFC dan juga kotak kiub ayam dan tomyam Maggie, aku guna bekas putih yang boleh sangkut kat tepi tray telur bahagian bawah tu. Bekas tu aku beli kat Daiso juga. Untuk susu aku simpan dalam bekas shaker tudung biru yang aku dapat bila beli Ephyra dulu. Senang je simpan dalam bekas ni. Kalau nak guna susu just ceduk guna sudu kering je. Simple kan.
Sekarang tegakkan badan anda. Bahagian sejuk beku ni ada 2 bahagian. Bahagian atas tempat aku buat simpan air batu. Air batu ni aku isi dalam bekas tau fu fah je. Manaka bahagian bawah ni adalah untuk aku simpan makanan basah macam ikan, udang, ayam, daging serta nugget atau kentang goreng. Tapi untuk minggu ni aku cuma beli ayam je, itupun aku letak dalam plastik berzip yang aku beli kat Daiso. Orang bujang macam aku ni, beli ayam separuh pun seminggu baru habis. Hahahaha..

Camne kawan-kawan. Simple kan susun atur dalam peti sejuk aku. Ni peti sejuk bujang je. Kalau peti sejuk orang dah berkeluarga maybe seronok la nak tengok sebab banyak barang yang disimpan.

Tuhan Sedang Menguji Kita by Ustaz Kazim Elias

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:51:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu". (Surah Al-Baqarah: 216)

Membaca, ini hobi turun temurun dari aku kecil sampai la besar. Masa sekolah dulu, kalau lepas balik sekolah time nak makan tu, mesti aku akan cari apa-apa bahan bacaan untuk dibaca sambil makan. Bila dah membaca sambil makan, maka akan bertambahlah 2 3 kali nasi dalam pinggan aku selagi apa yang aku baca tu tak habis. Lagi-lagi kalau yang aku baca tu gosip artis , lagilah lama aku mengadap paper sambil makan nasi. 
Ini buku terbaru yang sedang aku baca sekarang. Buku karya Ustaz Kazim Elias (UKE). Best Seller rupanya. Beli dah sebulan yang lepas, tapi baru start baca sikit-sikit (baru habis bab 2 sebenarnya).  Aku memang suka dengan UKE ni. Rancangan dia kat Astro Oasis tu, "Kalau Dah Jodoh - Ustaz Kazim Elias" memang aku suka tengok. Nak pergi dengar ceramah dia belum diizinkan lagi nak sampai. Sebab minat, aku follow juga FB dia. Suka dengan gaya dia berceramah. Simple je tapi senang nak paham. Ke sebab dia orang Perak...hahahaha...itu pun satu fakta yang tak boleh dielakkan.

"Tuhan Sedang Menguji Kita"...dalam buku ni UKE sampaikan dalam bentuk pengalaman beliau. Bila baca buku ni seolah-olah macam mendengar ceramah beliau. Analogi cerita dia pun senang nak paham dengan tajuk yang dibincangkan. Memang menarik.

Sekarang ni sambil-sambil ngadap tv, sambil-sambil buat bunga tisu, curi-curi masa juga baca buku ni. Sekurang-kurangnya dapat juga menambahkan ilmu di dada. Insya Allah.

Friday, October 25, 2013

Susun Atur Dalam Laci Dapur

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:00:00 PM 8 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ingat tak kabinet kat bawah ni. Pernah tunjuk dalam roadtour kat dapur dulu. Masa tu aku just cerita kat bahagian bawah dan tepi je. Bahagian atas iaitu bahagian laci tu aku tak cerita sebab masa tu tak kemas lagi.
Petang semalam lepas balik keje, tak tau nak buat apa sebab hujan, aku angkut laci tu bawa ke depan tv. Sambil nonton tv tengok Gibbs dalam NCIS, aku pun mula la menyusun laci itu.
Ini rupa laci aku sebelun disusun. Semua main aci campak n sumbat aje. Mostly barang-barang spare part hardware yang aku simpan dalam laci ni. Selain tu ada gak buku panduan penggunaan barang elektrik macam mesin basuh dan microwave yang aku simpan. Senang aku nak refer bila tak tau.
Ini rupa laci bila dah siap susun. Sparepart yang kecil-kecil aku letak dalam tray biru tu. Senang nak cari. Tengok, hammer pun ada. Buku panduan tu aku taktau nak letak macam mana, so aku susun macam tu la dulu. Kat bawah buku tu sebenarnya ada bekas simpan sudu garfu beli kat Daiso, tapi tak guna, so aku buat simpan kabel periuk yang tak digunakan dulu.
Dah siap kemas semua, masuk balik dalam laci. Nasib baik tak sangkut. Risau sangkut kat kepala hammer tu je sebab aku simpan cara macam tu. 

Makeover Almari Pejabat

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:53:00 AM 9 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Lebih kurang sebulan yang lepas, opis aku ni baru la nak dapat almari untuk setiap staf. Dah setahun bertenggek baru nak dapat. Sebelum ni buku-buku dan skrip makmal student bersepah-sepah je susun kat tepi dinding. Inilah kesan bila pindah ke opis tetap, kene tunggu budget baru la boleh dapat perabot satu persatu.

Almari yang aku dapat ni almari besi dan ada cermin kat pintu. Warna putih beige. Dah le letak bertentangan dengan meja aku. So bila aku angkat muka sikit je dah nampak almari yang sangat-sangat membosankan itu.


See...bosankan. Semua putih. Tapi nak buat macam mana, inilah standard perabot untuk pejabat. Putih dan kosong je. Pengsan aku.

So, mengambil inspirasi daripada Samantha Pynn, salah satu cara untuk menaikkan seri almari/kabinet untuk rumah adalah dengan melekatkan wallpaper. Contoh macam gambar kat bawah ni.
Nampak tak dalam almari tu ada corak-corak damask. Itulah wallpaper. Tapi since almari aku ni almari hak milik opis aku, takde la aku beria sangat nak lekat dengan wallpaper bagai. Aku just beli wrapping paper je kat kedai buku. Itu pun dah RM1.50 sebab aku beli yang warna fancy-fancy dan tebal sikit. Hasilnya...jadilah seperti gambar dibawah ini.
See...dah tak bosan dah rupa almari ni. Tapi sayang sebab wrapping paper yang sama corak ni beli tak cukup lagi satu keping. So terpaksa la aku lekat juga wrapping paper yang corak lain pula. Janji ada corak. Aku lekat wrapping paper ni guna glue stick je. So kalau next time dah bosan dengan corak ni dan warna dia dah pudar, bolehlah aku tukar dengan corak wrapping paper yang lain pula.

Bila dah siap makeover almari, masa untuk mengemas pula. Buat masa ni almari ni kosong je lagi. Buat simpan skrip jawapan student je. Maybe next time boleh buat display souvenir pula. Sekarang ni fokus untuk big day dulu ye. Hahaha...

Thursday, October 24, 2013

DIY: Frame Sudu Garfu

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:42:00 PM 15 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Maaflah, dah takde idea nak letak tajuk macam mana. Jadinya letak je tajuk entry kali ni "Frame Sudu Garfu" je. Semoga tercapai maksudnya.

Ingat lagi frame gambar Ikea yang aku cerita kat entry ni.. Sebenarnya frame tu aku beli 3. Konon nak letak 3 frame ni dekat dinding yang sama dalam satu baris. Sekali saiz dia gabak. Jadinya hanya 2 frame je yang aku guna. Kebetulan pula satu lagi frame ni ada rosak sikit. Nak return balik jauh sangat nak pergi. Jadinya aku gam guna gam pvc je.

Bila dah tinggal satu frame ni, aku plan nak letak kat dapur je. Kan ke dapur aku tu amat membosankan tanpa apa-apa hiasan. Jadinya mengambil idea yang pernah adik aku bagi tau dulu, aku pun plan nak membingkaikan sudu garfu aku. Nama pun hiasan untuk dapur, so haruslah ada unsur-unsur dapur tu sikit.

Plan awal nak guna sudu putih plastik and then aku spray warna pink je. Tapi bila jalan-jalan kat kedai jumpa pula sudu yang siap ada warna. Pink, biru, purple. Murah n tebal pulak tu. So aku beli je 2 bungkus, satu bungkus sudu, satu bungkus lagi garfu.

Mula-mula deko tu aku buat simple je. Just guna 4 sudu dan 4 garfu. Tapi tak cantik sangat. Huduh je aku rasa. Rupanya seperti kat bawah. Seperti ada sesuatu yang kosong...sekosong kosongnya (memang banyak kosong pun).
So, malam tadi aku pun merombak la cara nak susun sudu garfu tu. Walaupun tengah sibuk nak buat bunga tisu, amik kesempatan juga untuk DIY frame ni. Maka jadilah seperti macam ini.
Yezza...aku tambah border dengan riben pink yang sama warna dengan warna sudu tu. Baki riben yang guna untuk buat hiasan kat bunga tisu. So barulah rasa tiada kekosongan lagi. Jadi buat sementara waktu sementara nak tunggu En.Syg datang tolong drill lubang untuk sangkut gambar ke dinding, aku letak dulu frame ni kat atas meja sarapan ni.
Amacam..ok tak?

Wednesday, October 23, 2013

Ilham Baju Pengantin Aku

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:44:00 AM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Dari entry masak-masak, keluar entry mengarut. Lepas tu jadi entry jiwang karat. Lepas entry jiwang karat keluar entry deko dan susun. Sekarang ni pula keluar entry pasal perkahwinan. Hmm...nama pun personal blog. Macam ni la. Entry pun ikut kepala otak si empunya blog. Walapun begitu, entry susun dan deko tetap akan diutamakan juga selepas ini.

Ini cerita pasal ilham baju nikah dan baju pengantin aku. Mungkin boleh dijadikan ilham buat b2b diluar sana. Walaupun baju aku tak siap lagi, tapi apa salahnya kita share sama-sama kan.

Untuk baju nikah aku, aku amik ilham daripada design baju dari butik kawan sekolah aku, cuma takde letak riben je. Kawan aku ni buka butik baju specialize dalam pembuatan baju pengantin. Butik dia di Kluang, Johor. Serius cakap la kan, kalau tak sebab dia dok jauh, aku memang nak minta dia tolong jahitkan baju pengantin aku je, sebab jahitan dia sangatlah kemas. Design pun semua cantik-cantik belaka, bolehlah kalau nak cari idea tu. Kalau nak tempah baju pengantin dengan dia pun boleh. So kepada b2b sekalian, boleh tengok FB kawan aku ni untuk maklumat lanjut. (FB: Hanna Othman).
Sumber: Hanna Othman
Baju nikah aku ni aku hantar kat tailor kampung aje. Tapi tailor yang aku panggil Mak Ngah ni memang selalu jahit baju kurung aku pun. Ada juga sorang dua yang minta dia jahitkan baju nikah. Baju nikah adik aku dulu pun dia yang tolong jahitkan. Sebab aku yakin dia boleh buat, so aku hantar je kat dia. Lagipun aku puas hati dengan jahitan dia selama ni. Kemas je.

Untuk baju sanding pula, aku tempah dengan butik pengantin kat kampung aku je. Untuk baju sanding, aku pilih untuk buat dress aje. Ilham baju ni aku ambil daripada design baju Kate Middleton dan baju kahwin Grace Kelly. 
Ini design first wedding dress Kate Middleton (Sumber: Google)
Ini pula second dress wedding yang Kate pakai untuk wedding party beliau. (Sumber: Google)
Ini pula wedding dress Grace Kelly masa beliau berkahwin dengan Prince of Monaco pada tahun 1956.
(Sumber: Google)

Apa hasil baju pengantin aku nanti, kita tunggu la ek. Harap-harap tailor butik tu boleh jahitkan baju macam yang aku idamkan.

Ingat tak pasal entry Songket dan Satin. Sebenarnya kain tu aku plan nak buat baju untuk majlis bertandang kat rumah En.Syg nanti. Gigih ok buat baju sendiri. Untuk baju ni aku tempah dengan tukang jahit yang sama dengan baju nikah aku. Ilham pula...aku amik ilham daripada baju dari Fleur by Mrs. Him milik Kak Diana.
Ini dress asal baju Kak Diana dengan kain ala-ala duyung.
Aku pula nak tukar kain duyung tu dengan design kain kembang yang macam dress Kate Middleton ni.

Itulah cerita ilham baju pengantin aku. Macam mana dengan end product dia. Adakah seperti mana yang aku idamkan. Kita tunggu ajelah ek bila baju tu semua dah siap. Doa banyak-banyak supaya semua baju aku tu tak hancur. Hahahha...

Tuesday, October 22, 2013

Ilham Bilik Tidur Putih

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:12:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ada tak sesiapa kat sana yang suka dengan perabot putih? Aku agak mesti ramai yang suka kan sebab perabot putih ni nampak bersih dan suci je. Lepas tu senang nak matching dengan semua warna dan konsep. Aku pun suka juga dengan perabot warna putih ni, tapi end up hanya meja makan je yang berwarna putih. Yang lain semua warna selain putih.

Hujung bulan 3 dulu aku sempat pergi melawat Bandar Ho Chi Minh, Vietnam dengan opis mate aku. Tapi lepas balik dari melawat tu tak sempat nak update entry pasal lawatan tu sebab sibuk dengan tugasan pangku memangku sebagai orang admin. So semua gambar terperam aje dalam folder dan idea nak menulis pun hilang begitu sahaja.

Kali ni aku tak nak cerita pasal lawatan tu sebab dah basi, tapi aku nak cerita pasal dekorasi dalam bilik hotel yang aku menginap tu. Nama hotel tu The White Hotel. Sesuai dengan nama, so semua perabot dan dekorasi bertemakan warna putih sebagai warna utama. Sekali pandang dah macam ala-ala English style pula.
Bangunan hotel ni berapa tingkat ntah tapi style kurus-kurus tinggi-tinggi macam orang Vietnam juga. Takde gemok-gemok.
Oleh kerana bangunan pun dah kurus tinggi, so keluasan bilik pun takde la besar sangat. Aku boleh cakap yang keluasan bilik hotel ni lebih kurang keluasan saiz bilik hotel budget je, tapi dalam dekorasi yang cantik. Hotel budget mana ada deko sangatkan.
Katil saiz Queen je.
Ini je kelebaran saiz bilik ni. sebelah side table tu almari dua pintu. See....semua warna tema putih. Wallpaper kat belakang kepala katil tu memang cantik corak dia. Langsir pun sesuai dengan corak wallpaper tu.
Ini pula ruang yang ada antara katil, meja solek dan bilik air. TV tu pula share satu meja dengan meja solek dan juga komputer. Komputer tu milik hotel ye. Sempat la juga online tengok FB tapi hampeh sebab setting bahasa Vietnamkan. So buka kejap-kejap aje la. Yang lain just online dari hp je.
Ini macam ruang rehat dalam bilik tu la. Abaikan 2 biji botol arak kat atas meja tu. Dah nama negara non-Muslim, macam tu la. Arak tu dah memang tersedia untuk penghuni bilik. Tapi kita yang Muslim ni tak payah la nak minum, sentuh pun jangan. Air mineral kan ada, minum yang tu aje dah la.
Toilet
Ini bilik air dia. Toilet bowl siap ada seal tanda dah dibersih kemas tu. Dekorasi dalam bilik air pun cantik. English style kan. 

Perasan tak. Bila buat konsep putih ni, ruang yang sempit kelihatan besar. Tapi janganlah putih semata-mata. Bila dah tema putih tu, touch up la dengan warna lain sikit macam hitam ke, merah ke, gold ke, supaya takde la rasa macam duduk dalam dunia 3 dimensi. Macam bilik hotel ni dia tambah warna gold, beige dan hitam sikit supaya ada la seri.

Monday, October 21, 2013

Frame Gambar

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:58:00 PM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Kat rumah ni kalau takde frame gambar memang tak sah. Itukan sebahagian daripada dekorasi. Ada yang suka letak frame gambar keluarga, pemandangan, corak abtrak, khat..macam-macam lagilah, asalkan rumah naik seri.

Kalau kat rumah aku pula, aku memang kurang letak frame lagi. Bukan tak nak letak langsung tapi belum jumpa gambar yang sesuai untuk dibingkaikan. Yang ada sekarang ni just frame Allah Muhammad dan juga frame Ayat Kursi. Aku beli frame ni kat kedai menjual frame ayat Al-Quran di Tesco Mergong je. Tak ingat la nama kedai tu kedai apa. Nak beli jenis Khat Kufi budget tak mengizinkan pula.
Ni frame ni aku letak bertentangan dengan meja makan. So macam dekorasi untuk dining area la. Untuk ruang tamu pula aku beli frame Ikea je. Lepas tu aku DIY sendiri. Beli kain langsir dari Nagoya semeter, lepas tu aku frame kan aje. Mudah. Kalau rasa nak tukar gambar, beli je kain corak lain, atau wrapping paper yang cantik-cantik dari kedai buku, lepas tu frame kan.

Nuffnang...On Going

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:05:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Aku ni kalau nak diikutkan dah lama berkecimpung dalam dunia blog ni. Tahun 2007 kalau tak silap aku. Tapi masa tu aku berblog guna Friendster je. Tahun 2009 baru join blogspot pula. So semua entry aku kat friendster tu semua dah padam la since Frienster pun kalau tak silap aku dah bertukar pengurusan dan dah jadi online game network dah kalau tak silap aku (pernah try online guna id dan password lama).

Start kenal blogspot ni aku banyak baca perihal para blogger yang menjana pendapatan melalui iklan-iklan di blog masing-masing antaranya iklan dari Nuffnang. Atas rasa ingin tahu (dan nak mendeko page blog aku), aku pun register la kat Nuffnang tu tahun 2011. Tapi time tu ntah ape-ape ntah jenis entry aku tu, so iklan tak berapa nak masuk dan income pun ciput je. Tak kisah la kan. Aku pun bukannya tahu sangat pasal Nuffnang ni. Main register je. So, sambil-sambil la aku belajar sikit-sikit nak bagi paham pasal Nuffnang ni  (sampai sekarang dok kurang paham). 

Tadi saje je la buka page Nuffnang ni. Sekali tengok iklan yang tengah on going dah ada sampai 6, termasuklah satu iklan ni yang dah sebulan dok bertenggek kat blog aku. Teruja la sebentar. Tak pernah-pernah jadi macam ni sebab kalau ada iklan yang masuk pun just satu dua iklan je, itu pun tak bertahan lama. Ini sebulan ni. Kagum aku.
Bila tengok iklan yang masuk semakin banyak, aku jadi semakin bersemangat nak update blog. Alhamdulillah reader pun dah semakin bertambah (uweekkkk...perasan kejap). Selain daripada kawan-kawan aku, ada gak reader dari kalangan orang luar juga. So, sekarang aku rasa aku dah nampak apa halatuju blog aku. Kalau dulu aku selalu update entry yang aku sendiri pun tak paham (bila baca balik aku sendiri yang tergelak), so sekarang ni boleh la fokus pada entry yang akan menjadikan diri aku paham bila baca balik. 

Thank you Nuffnang...

Tahniah Mila

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:43:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Sabtu sebelum nak Raya Aidiladha tu aku attend majlis kenduri x-roommate  masa 1st year kat USM. Lama juga tak jumpa dengan dia since habis study tahun 2004 dulu. Tapi nasib baik la ada FB ni, so kat sini la dok update perkembangan terkini dan sensasi.
Tahniah ye Mila. Senyap senyap je ek. Tup tup jemput makan kenduri. Kenduri pula ala ala tema Bollywood tu. Elok sampai je disambut dengan lagu Hindustan. Yelah kan...Mila ni kalau tak silap aku ada darah-darah India kot. Tengoklah hidung dia tu tinggi je terletak. Takde la macam hidung aku yang macam cerobong asap tu. Hahahaha..

Teringat masa 1st year kat USM dulu. Masa tu still kat USM cawangan Tronoh, Perak, sebelum pindah ke Penang lokasi yang sekarang ni. Dalam bilik aku tu dah jadi port budak2 Kimia bergosip. Aku yang budak Elektrik ni pun join sekaki la. Seronok dengar sambil gelak-gelak. Apelah sangat gosip kami ni kalau tak pasal student couple, kafe makan tak sedap, shopping ke Ipoh sampai terlepas bas, skodeng senior dan macam-macam lagi la. Paling tak pun kami bergosip sebab nak hilangkan stress study. Lawak betul bila teringat.

Kejap je kan semua tu berlalu. Tapi kenangan tetap abadi dalam ingatan. Anyway...Tahniah sekali lagi ye Mila. Semoga diberkati suami isteri didunia dan diakhirat. Amin.

Friday, October 18, 2013

DIY: Bunga Pom Pom a.k.a Bunga Tisu

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:01:00 PM 6 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Tengah berusaha nak cuba buat dan siapkan 100 bunga tisu ni. Untuk apa? Of course la untuk big day aku. Pulun DIY bunga ni. Buka blog sana sini, tengok tutorial kat Youtube. Pergh...nampak macam senang tapi sebenarnya renyah juga. Ni baru bunga....ada banyak lagi nak DIY sendiri. Hopefully tak kering idea.

Macam inilah bila berlaku kekangan budget. Nak nampak ekslusif tapi budget minimum. So DIY la jawabnya. Nasib baik banyak tutorial ada ditunjukkan dalam blog dan Youtube. Boleh gak belajar dan try buat slow slow walaupun masih terkial- kial. Maklumlah tangan orang tak berseni...macam ginilah.

Send from my Windows Phone

Thursday, October 17, 2013

Songket dan Satin

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:18:00 AM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Songket dan Satin?

Buat apa nak beli songket dan satin pula. Kan ke dah beli kain lace untuk nikah. Baju sanding pula boleh deal dengan butik pengantin.

Untuk apa?
Nak buat apa?
Bila nak guna?
Nak jadi apa?

Tunggu ajelah ye kesudahan cerita..Songket dan Satin.

Friday, October 11, 2013

Kain Untuk Baju Nikah

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:33:00 PM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Weekend lepas ajak En.Syg outing ke Alor Star. Plan nak survey kain untuk buat baju nikah. Kalau ada yang berkenan terus beli. Oleh sebab bulan lepas pernah survey kat Jakel, so kali ni punya outing nak pergi ke Gullatis dulu.

Masuk Gullatis mata jadi rambang. Kain cantik-cantik, harga pun sangat-sangat menarik (mahal). Cari juga warna hijau yang berkenan dihati tapi takde. Oh..dah tau nama hijau tu, sage green. Tapi takde. Yang ada cuma green apple je. Plan awal nak beli kain chiffon terpaksa dilupakan bila warna dan corak yang disukai tiada yang berkenan dihati. Kalau ada pun harga dia melebihi budget. Nanges.

Aku dah nak tarik En.Syg keluar dah time tu. Nak gi jenguk Jakel pula. Tapi akak Gullatis pujuk lagi suruh tengok kain lace. Lining still lagi satin warna hijau apple. En.Syg cakap lace pun ok. So bagi peluang kain lace pula. Akak Gullatis keluarkan kain lace yang cantik dan sesuai dengan budget. Lace bermanik. Nampak cantik dan elegan. Aku berkenan hijau yang dull sikit. Sebab sedar kulit tak putih-putih melati. Tapi akak Gullatis syorkan hijau yang terang sikit. En.Syg pun setuju, dia kata cantik. Pejam mata pilih aje warna pilihan En.Syg. Belajar untuk terima pendapat orang kan. Macam ni la. Tapi hati tetap sedih sebab warna yang dicari tak dijumpai. Lagi sedih sebab lining satin warna hijau epal tu tak sesuai dengan kulit En. Syg.

Balik rumah memang tak puas hati lagi. Keesokkan hari minta tolong pakcik Google cari design yang sesuai dengan jenis kain. Jumpa la beberapa patern baju yang berkenan dihati. Itu pun sambil-sambil pujuk hati kata kain lace tu cantik bila dah siap jadi baju. Teringat ayat mak sebenarnya. Baru hati rasa lega.

So, inilah kain untuk baju nikah aku. Dari sage green ke apple green. Untuk En.Syg pula weekend ni baru nak gi cari kain lain pula untuk baju melayu dia. 
Cantik ke? Any komen?

Souvenir From Student

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:44:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Tengah kusyuk menatap laptop, ada orang ketuk-ketuk bilik aku. Bila dengar suara, rupanya student aku yang datang. Hmm...last day sebelum cuti, maybe nak jumpa before diorang balik kampung. Normal la tu kan. Lepas salam dan wish good luck, student bagi satu beg plastik gambar teddy bear. Dah nampak awal dah beg plastik tu tapi tak budget pun untuk diberi kat aku. Bila buka, rupanya souvenir dari student aku. Cute. Ada mini teddy bear tengah bertenggek dalam gelas. Hati rasa terharu. Sebab tahu aku bukannlah pengajar yang baik untuk diorang. Ape pun, aku sentiasa doakan yang terbaik untuk semua students aku. Semoga diorang menjadi insan yang berguna untuk bangsa dan agama.
Nota_jari: Entry jiwang karat 

Bilik Bujang

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:53:00 AM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Rumah aku ada tiga bilik. Bilik no 1 bilik masterbed room tu aku yang jajah. Bilik no 2 masih lagi bersepah sebab jadi bilik stor. And bilik no 3 pula aku jadikan bilik tetamu (sementara) sebelum aku siap nak setup bilik no 2 tu.

Dalam bilik no 3 ni aku just letak katil bujang, rak buku ikea dua unit dan kabinet tv lama yang aku jadikan sebagai side table. Selain tu aku buat letak kipas dan juga bekas hantaran. 
Kecil je bilik ni. Tapi kalau nak letak katil saiz queen pun boleh je cuma ngam-ngam je. Takde ruang. Abaikan baldi dan kotak kat hujung katil tu. Tu barang-barang adik aku. Tengah cuti sem, so kena clear bilik. Jadi rumah aku jadi stor sementara dia la.
Katil single ni katil yang aku guna masa merempat dulu. Katil besi ni. beli design ni konon-konon nak buat ala-ala English style. Hahaha...Set cadar tu pun beli sebab time tu gila dengan deko ala-ala English style. Mahal tu. Beli kat Jakel Shah Alam masa mula-mula dibuka dulu. Seratus lebih juga la harga dia, cadar dan selimut tu.
Bilik ni la yang aku cat dengan baki cat yang ada. Ada lima warna cat sebenarnya. Dinding yang nampak putih tu sebenarnya warna soft lilac. Purple-purple putih gitu. Langsir pula warna hijau. Hahaha...sangat colourfull. 
Nak bagi naik seri sikit aku letak la gambar ni. Gambar bas, beli kat Romantika Alor Star. Beli gambar macam ni sebab nak matching la dengan design katil dan corak cadar yang ala-ala English tu. Kononnye la.
Kedudukan rak buku aku. Dah pernah stori kat sini. Masa buat entry tu dulu, pulun la bagi kemas. Sekarang dah start bersepah dah. Macam-macam yang aku letak. Siap handbag pun letak kat sini. Ape kejadahnya pun aku tak tau.
Last but not least....karpet. Beli karpet pooh tu. Tak boleh blah betul. Ni karpet beli zaman merempat juga. Masa tu jiwa muda remaja lagi, jadi still pemikiran ala-ala kanak-kanak ribena. Semua benda kene comel. Tu pasal aku beli karpet ni. Beli kat Wah Seah Kangar je dulu. Murah. Janji ada lapik kan untuk solat. Tapi karpet ni dah lama dah, dah berhabuk. Memang kena tukar baru. Cuma budget takde lagi. Plan nak beli karpet macam dalam bilik tidur aku. Tapi kena tunggu next year bulan puasa la bila Jakel buat sales karpet lagi.

Bilik no 3 ni still ada potensi untuk aku deko lagi. Tapi budget takde dan idea kurang. So buat masa ni kekal dulu la deko macam ni. Lagi pun payah la, asal nak sangkut gambar atau benda je kena tunggu En.Syg free. Kalau tak sape yang nak tolong drill?

Tupperware

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:52:00 AM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Bila dah aktif berblog ni, walau sehari tak menaip, rasa tak best je hidup aku ni. Hahahaha...(perasan)

Aku ni bukannya pengumpul barangan Tupperware tegar. Nak kata minat sangat tu takdelah, nak kata tak minat langsung tu sangat-sangatlah tipu. Senang cakap, teringin tapi tak cukup budget. Jadi guna aje apa yang ada. Sampailah bila dah masuk rumah sendiri ni, kira-kira budget bolehlah rembat satu dua barangan jenama Tupperware. 

Untuk Tupperware ni aku cuma beli bekas beras, bekas bawang dan juga bekas garam kunyit. Guna keahlian kawan opis so dapatlah diskaun sikit. Aku dapat set yang tudung merah punya. Hmm...matching pula dengan bekas gula daripada balang jenama Tipuware aku tu. Hahaha....
Bekas beras aku tak snap pun. Simpan kat kabinet bawah, malas nak membongkok ambil gambar. Bekas bawang kaler biru yang mak aku bagi tu, aku dah siap cuci bersih dan simpan. Boleh guna untuk perkara lain pula tu.
Bila ada bekas bawang yang besar gabak tu, bekas simpanan minyak tu kena la ubah kedudukan sikit. Eh...kelihatan bekas minyak masak aku pun penutup dia warna merah juga. Matching dengan set Tupperware aku.
See...balang gula jenama Tipuware. Beli lama dah semenjak dok merempat kat rumah sewa. Bekas gula aku besar, boleh muat satu kilo gula. Tapi kalau lupa nak tutup rapat-rapat dan ketat-ketat, alamat gula aku penuh dengan semut la jawabnya.
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea